Monday, September 6, 2010

Inilah Permulaannya

Anak-anakku, ayah amat sayang pada kamu. Ayah mana yang tidak sayangkan anak. Adakalanya tindakan ayah mungkin melampau. Tetapi ingatlah ianya lahir dari kasih sayang. Zaman ayah adalah berlainan dari zaman kamu. Maka tindakan ayah mungkin tidak sesuai untuk zaman kamu. Tapi ingatlah ia lahir dari kasih sayang yang mendalam. Ayah tidak akan jemu-jemu menegur dan mengingatkan kamu yang kadang kala mungkin membuat kamu rasa jengkel. Tapi ingatlah ia lahir dari perasaan kasih sayang. Kadangkala percakapan tidak dapat menyampaikan semua yang ayah hendak sampaikan. Maka ia menyebabkan kamu tidak faham dan berasa hati dengan ayah. Sehingga kamu tidak mahu langsung mendengar suara ayah. Kadang-kadang suara hati tidak mestinya disampaikan dengan percakapan. Ada masanya lebih baik disampaikan dengan menulis sepucuk surat. Inilah suratnya yang akan sentiasa ayah tulis. Harapan ayah kamu akan semakin memahami bahawa ayah menyayangi kamu.
Bacalah anakku.